Aug 21, 2018

I'm in love Islamabad: Day 1~ Tour in Comstech

Assalamualaikum..

Aku dengan kak yati sebelum pergi dah plan baik punya nak jalan-jalan sendiri area tempat kami stay.. kak yati terer bab-bab study location ni.. dah ada la kedai kami aim, muzium.. macam-macam la.. sekali kan bila dekat sana, kami tanya Mr Ali, orang corporate comm diorang.. dia kata Mr Majid, PIC event tak bagi keluar.. kecewa jugala kitorang sebab kami kan sampai awal.. jadi macam banyak masa.. takpela, kita rehat-rehat je hari 1st sampai.. agaknya sebab kawasan situ ialah kawasan government dan nak keluar masuk pun straight kan..

Aku kan kadang-kadang rasa nak tertukar cerita Iran dengan Pakistan.. yang aku tidur lama tak jaga tu aku rasa cerita Iran.. yang kak yati tukar bilik tu pun cerita Iran rasanya.. entahla, short term betul memori..


Kami duduk di Comstech.. guest house untuk tetamu-tetamu kementerian katanya.. bilik sharing.. luas juga..




agak-agak nak study boleh la dekat sini.. #matakeatas


view dari tingkap kami.. tempat parking orang kerja


bilik aku berdepan dengan periodic table ni.. budak kimia confirm suka gile.. aku kan kimia dah tak ori, tapi still exited lagi.. 


lepas dah settle barang semua, aku tak ingat kami sempat rehat ke tak.. tapi dekat sini makanan dia serve full untuk sehari.. nampak tak setting table dia.. dahsyat betul


hahaha kak yati tu..



sup sedap..



serbuk tu Mr Abu Bakr bawa dari Nigeria.. sedap weh, pedas-pedas.. dia kata kalau takde ni dia tak lalu makan.. wife dia buat sendiri katanya..



desert rasa herba.. aku fail macam biasa.. makan sekadar rasa..


lepas makan, kami jalan-jalan dekat belah luar.. sejuknya menyengat jugala.. kot ni pun beli shopee.. time nak pergi islamabad ni, aku beli 2 kot.. tak insaf-insaf.. nak pergi india beli lagi.. moga adalah rezeki travel tempat sejuk-sejuk lagi.. #roadtokorea #sebutbanyakkali #biarjadirealiti



macam biasa, gambar cantik dari kak yati..


bendera Malaysia pun ada dekat sini tapi layu.. tak mahu terbang dek angin.. teguh betul pendirian.. eh apa aku merepek ni haha


PM Office dari dalam lif





gambar trademark kami tapi tak berapa nak jadi sangat macam dekat Iran..


Malam tu pun kami tak kemana.. lepak bilik je dan dinner dekat bawah..



varieti food juga diorang serve..


aku tak ingat desert ni ada rasa herba ke tak.. rasa macam sedap yang ini..

Senang betul rasa buat entry islamabad dan singapore.. pendek je, gambar pun senang.. hehehe, tapi entry India tetap jadi cerita fevret aku.. 

No comments: