Aug 26, 2018

Irresistible India- Kashmir: Poney Ride Again di Petang dan Pagi Kedua Gulmarg

Assalamualaikum..

Gigih aku google macam mana nak besarkan sikit view video bila post dekat blog.. kalau gambar kan kita boleh pilih size.. biasa untuk gambar aku ambil x-large.. tapi video tak boleh pilih gitu.. aku refer dekat sini untuk resize view video dekat blogger.. edit dekat html.. canggih plak aku rasa bila edit coding gitu hehehe

Ok, lepas turun dari main salji, kitorang terus pergi makan.. syok betul sejuk-sejuk makan makanan panas-panas kan.. dekat sini boleh request nak air apa.. tapi request berbayar la kan.. 


dadek bangun-bangun lapar.. ni kalau bawa g main salji balik ni mesti dia g tidur balik hehehe.. roti ni untuk minum petang.. best gile.. kitorang minta terus early dinner.. tengahari macam biasa asik skip nasi je



nikmat dunia



licin weh kitorang makan semua lauk.. lain betul dengan dekat delhi dengan agra.. 


Settle minum petang, aku ajak diorang jalan lagi sebab tak puas kan main salji.. ingat nak try juga tanya sledge yang dekat hotel cantik tu.. tapi sledgenye diorang dah bawa masuk.. eh kitorang malas nak jalan sampai hujung.. tak ingat dah aku..


mai dengan her favourite salji spot.. hehehe, kitorang semua sound dia betul ni mai nak amik gambar dekat sini.. kakak man nak ikut tapi kitorang cakap iman rehatla.. takut dia penat kan.. eh ke kitorang cakap kalau nak ikut 'no dukung'.. tak ingat dah aku




nampak tak apa aku aim.. hahaha, time kami jalan-jalan tu nampakla banyak kuda nak pulang ke rumah diorang.. sebab snow kan dah tutup.. aku teringin gile weh nak naik lagi.. aku ajak adik-adik aku, diorang macam berat mula-mula.. aku siap cakap 'kalau ak naik sorang bahaya tak'.. hahaha gile gigih.. tak fikir plak aku time tu bahaya perempuan sorang.. pembawa kuda tu perasan agaknya aku asik usha kuda dia, dia pun tanya nak naik kuda ke.. dan akhirnya aku naik dan adik-adik aku teman.. 300 rupee = RM18 tak salah aku.. asal 400 tapi kitorang minta diskaun dia bagilah harga tutup kedai..


ila dari awal lagi pegang hp.. rilex je kak cik tu


aku gayat weh sebenarnya tapi suka naik.. 






orang kuda, eh apa nama panggilan untuk orang bawa kuda ek.. pengembala kuda? haha.. orang kuda je la senang.. orang kuda berhentikan dekat peak area situ.. santai-santai je petang tu.. kitorang siap lalu route yang dekat istana apa tah, tapi malas nak turun sebab nak malam dah kan




rajin orang kuda tolong amik gambar..




yang rumah hijau tu kata orang kuda ialah rumah peranginan government.. nampak agak usangla.. aku pun tak pasti ada orang guna lagi ke tak..


gambar ila smart je kan angle ni #nangistepibucukatil #semuasalahbaju #indenial





strategi sorok belakang ila tu dah biasa dah kitorang pakai


hari dah nak gelap.. mohle kita balik



aku tak faham kenapa orang tu nak juga masuk frame.. padahal dia boleh je lepas kuda tu kejap.. sabar je la


priceless view #roadtokashmir2ndtime


babai kuda.. dah boleh g rehat dah..


hahahaha time ni aku terkejut dengar mai buat bunyi kuda weh hahaha.. walaupun muka aku tak boleh blah, nak letak juga dekat blog sebab moment ni best kot..




settle kuda, kami jalan dekat area situ.. tengok kedai-kedai yang ada... ramai je kedai-kedai duk panggil kitorang.. biasa diorang promote tea.. ingat tea kashmir tiba-tiba.. ingat je, tapi tak rindu nak rasa haha..


balai polis


dekat area sini juga aku rasa tempat sewa boot dan baju sejuk.. kami cari kedai runcit nak beli kudap-kudap.. remember, sejuk = makan banyak



hai baiya..



keropok diorang semua kembung-kembung.. high pressure mungkin.. apsal aku rasa aku senyum macam dato vida.. scary


sebelum balik, kami aim nak ambil gambar lompat.. serius kan nampak perbincangan kitorang.. hehe


aku tak faham kenapa aku lompat dengan plastik.. tembikai kitorang beli siap tergolek bagai.. haha..


The next morning, takde apa-apa aktiviti.. kitorang akan gerak pergi srinagar balik dalam pukul 11 pagi.. sebab flight kami pukul 5 petang.. so kalau gerak pukul 11, insyaallah dalam pukul 2 kot sampai.. 


gigih kitorang main asap.. bukan selalu mulut keluar asap #saynotorokok


aku dengan ayah lepak luar, enjoying the view.. adik-adik aku sambung rehat balik


lighting on point korang.. cantikla jadi gambar.. 



ayah feeling.. yang hijau tu surau.. ayah kata semalam tak perasan.. patutlah subuh tu dengar kuat je.. ayah kata kalau tau boleh g solat situ.. ayah kan nak jadi imam dekat kashmir #jobinterview


stokin ayah tu mai punya.. hahaha, ayah siapa la comel sangat ni.. like father, like daughher eh haha



Poshwan Hotel..


aku ajak ayah jalan-jalan.. aku ceritala semalam kitorang naik kuda.. ayah nak naik lagi korang.. hehehehe, iman ikut juga sebab dia pun hantu kuda..




bleh tiru pose gini



bila ayah yang amikkan gambar.. terus ada gerhana bulan dalam gambar.. 


aku tak ingat berapa harga naik kuda kali ni.. 300 ke 400 rupee tah.. ayah belanja aku rasanya time ni.. the perk of outing with ayah kan.. hehe, kali route dia bawa lagi lain dengan semalam.. lagi scary weh... gayat gile aku, bawa iman plak.. time turun pun dia lalu dekat bukit.. so boleh bayang tak betapa cuaknya aku.. cuak, tapi kalau orang offer nak naik kuda lagi tak, aku onz je hehehehe.. cuak tapi tak serik



kakak muka cuak je naik dengan cik yong.. seronok dia dapat naik 2 kali







orang kuda kali ni pandai ambil gambar.. cantik je angle.. sorang je kot yang bawa kitorang.. mana tak cuak aku.. kuda ayah dia banyak lepas, ayah kan comfortable dengan kuda


dah macam jebon dah aku tengok diri sendiri.. tak nampak langsung muka



kuda hantar sampai depan hotel.. mana nak dapat servis gini.. ayah with another friends..


ni ialah air panas dekat bilik aku.. unik kan.. besaq gile.. dekat sini nak pijak lantai pun tak sanggup.. sejuk gile.. next, to airport we go!

No comments: