Assalamualaikum..
Aku nak berkongsi sebuah buku yang mana aku rasa penyampaiannya bersahaja dan menjentik hati nurani aku..eceh..terus terang aku cakap sebelum ni aku pernah jugak cuba nak baca novel-novel islamik tapi tak berapa nak menjadik..tak sampai halfway aku baca terus tak khatam da..entah ek,aku rasa kan kalau nak berdakwah secara penulisan ni sangat susah sebenarnya..kalau gaya bahasa terlalu serius,bagi yang baru nak berjinak-jinak mendalami Islam mungkin tak berapa nak lekat dihati..
Tapi kan buku yang aku nak share dengan korang ialah punyai gaya bahasa yang sangat sempoi..Adik aku Mai yang beli buku ni..mula-mula dulu dia beli satu buku ni, tajuk dia Denyut Kasih Medik..dalam hati aku rasa macam dahsyat gak Mai ni,da la blaja Medik,tiba-tiba baca buku cerita nak tajuk Medik jugak..haha,sorry Mai..kalau aku jumpa buku cerita Denyut kasih Kimia memang sebelah mata pon aku tak pandang..silap haribulan aku buat-buat tutup mata bila lalu depan buku tu,hehe..entah macam mana, satu hari tu aku takde pape nak buat..aku duk belek-belek buku ni dan ternyata tanggapan aku silap sebab aku bajet buku ni memang akan skema habisla pasal Medic..secara ringkas, buku ni mengisahkan tentang kisah hidup seorang doktor yang juga pendakwah dari mula-mula dia start praktikal sampaila cerita tentang dia bertemu dengan suri hidup dia..memang indah,memang terbuai…buku ini pengarangnya ialah seorang lelaki..tak lama lepas aku baca buku tu, Mai kata isteri Dr tu ada buat buku yang kiranya membalas balikla karya suami dia..macam jawabul jawabla kalau dalam taranum..hehe, dan tajuk buku itu ialah Pemilik Cintaku Selepas Allah dan Rasul..
Subhanallah,indah sungguh kisah diorang..kedua-dua penulis ni bila ditanya sama ada itu kisah diorang atau bukan,diorang tak kata ya dan tak kata tidak..tapi kalau ikut kronologi cerita macam cerita asal..penulis mungkin mahu menjaga sensitiviti sesetengah perkara peribadi..korang tau perkara pertama yang terlintas ialah rasa sangat kerdil berbanding kisah hidup cinta diorang..indah,indah dalam gaya yang tersendiri..
Mungkin aku boleh berkongsi beberapa ayat alam buku ini yang menarik hati aku..
Jika kau belum berkahwin, kejarlah Allah SWT sebelum kau mengejar cinta lelaki. Tanpa reda Allah SWT, andai dirinya kau miliki sekalipun, kau pasti tak bahagia. Percayalah. Kerana asyik bercinta, mungkin juga jodohmu jadi lambat kerana kebanyakan lelaki hanya ingin mengambil kesempatan berseronok dengan gadis yang mudah menyerah..
Jika Kau seorang isteri, hargailah suamimu walau bagaimanapun keadaannya. Cukuplah dengan apa yang mampu diberikan dan jangan sekali-kali meminta apa yang diluar kemampuannya. Hatta, walaupon mereka mampu memberikan segalanya padamu, jangan sekali-kali menunjukkan peribadimu yang cinta dunia kepadanya. Ia takkan membahagiakan..
Jika kau seorang suami, tiada resipi paling berkesan untuk bahagia melainkan kau mendekati ajaran agama dan memimpin seisi rumah kearahnya. Moga cintamu berkekalan hingga ke Syurga..
Dan seandainya jodoh kita (wanita) tiada di dunia, ada satu ayat buku ni yang berjaya memujuk hati..
“Tersenyumlah wahai wanita yang tidak menemui jodoh di dunia kerana jodoh yang jauh lebih baik sedia menantimu di akhirat sana. Aku dapat rasakan para Wildan yang gagah, muda dan tampan sudah tidak sabar melayani bidadari yang berasal dari wanita dunia”
Tapi tak bermakna kita perlu give up tau nak carik jodoh..ayat ni bukan ayat putus asa,tapi ayat mengajak hati jadi lebih sabar sebab Allah tu baik sangat..Sangat adil terhadap hamba-Nya..jodoh takkan datang bergolek ye,kena usahakan jugak..tapi kan aku rasa aku da hilang skill la nak carik jodoh hehe
Banyak lagi artikel menarik dalam buku ni..aku sangat-sangat cadangkan korang untuk beli sebab bagi orang macam aku yang hati susah sket nak tertarik dengan buku-buku cerita islamik pon hati boleh tertawan..dan harga dia pun murah je,RM12..dekat MPH pon ada kalau tak salah aku..
Sharing is Caring..Aku sayang kamu-kamu semua sebab kamu ialah saudaraku dunia dan akhirat
Yana Sayang Kamu!
1 comment:
suka sgt kata2 dlm buku tu yana...nnti nk carik lah..
Post a Comment